Ikuti Kami:

Berat Badan Turun 7kg, Roh Jeongeui Dari ‘Our Beloved Summer’ Kongsi Rahsia Diet

Berat Badan Turun 7kg, Roh Jeongeui Dari ‘Our Beloved Summer’ Kongsi Rahsia Diet

Selepas membintangi “Our Beloved Summer”, pelakon baru Roh Jeong-eui nampaknya makin dikenali ramai kini.

Selain “Our Beloved Summer”, Roh Jeong-eui juga pernah membintangi “18 Again” dan akan datang “Dear. M”.

Penampilan pelakon itu baru-baru ini telah menarik perhatian peminat dengan badannya yang semakin kurus. Ia kemudiannya diketahui bahawa dia telah kehilangan sejumlah 15.4 lbs (7kg). Di Instagram miliknya, Roh Jeong-eui telah mendedahkan cara-cara dia menurunkan berat badan. Menurutnya,

80% adalah terima kasih kepada jurulatih saya…@pilates_space… Baki 20% adalah daripada mengawal diet anda.

roh jeongeui

Untuk pengetahuan, dia telah bersungguh-sungguh menghadiri kelas pilates untuk menyegarkan dan mengurangkan berat badannya. Daripada foto telur rebus yang dimuat naik, nampaknya dia memfokuskan pengambilan makanannya kepada protein. Korang pun boleh la ikut juga tau!

Sekadar info, Roh Jeong-eui kini mempunyai berat badan 39kg dan tinggi 165cm.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...