Ikuti Kami:

Setelah Lama Tangguh, ‘Dear.M’ Bakal Tayang Di Jepun Bulan Depan

Setelah Lama Tangguh, ‘Dear.M’ Bakal Tayang Di Jepun Bulan Depan

Setelah lama menunggu, drama “Dear.M” telah pun mengesahkan tarikh tayangannya di Jepun.

Pada 23 Mei, platform penstriman Jepun U-NEXT telah mengumumkan bahawa siri K-drama percintaan “Dear.M” akan ditayangkan pada bulan Jun secara eksklusif melalui platform tersebut. U-NEXT mengiklankan,

Drama percintaan remaja tentang ‘M’, yang pengakuannya menjadikan kampus Universiti Seoyeon kecoh, dibintangi Jae-hyun NCT.

Bagi yang belum tahu, “Dear.M” membawa kisah pencarian sekitar kampus mengenai seorang individu misteri bernama ‘M’ yang disebut dalam sebuah entri tidak bernama di laman komuniti Universiti Seoyeon. Drama romantik realistik ini akan menyaksikan perubahan hubungan dan kisah cinta yang mula berputik di antara pelbagai watak selepas disedarkan oleh ‘M’.

dear. m jepun

Untuk pengetahuan, drama ini sepatutnya menemui penonton pada 26 Februari 2021 namun digantikan oleh “The Imitation”. Namun, ia terpaksa membatalkan siaran selepas pelakon utama, Park Hye-soo terpalit dengan dakwaan buli di sekolah.

Nantikan kesemua 12 episod “Dear.M” akan tersedia kepada penonton U-NEXT pada penghujung bulan Jun ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...