Meskipun sudah berusia 54 tahun, Uhm Jung-hwa tetap tampil cantik jelita.
Baru-baru ini, Uhm Jung-hwa telah tampil dalam video di saluran YouTube Elle Korea, di mana pelakon wanita itu ada berkongsi mengenai rahsia kecantikannya.
Ketika ditanya apakah yang dia akan fokuskan ketika bersenam, Uhm Jung-hwa menjawab,
Senaman perut! Saya rasa saya telah menjalani penggambaran kira-kira satu setengah tahun, jadi untuk memulihkan otot saya, saya telah bersenam secara konsisten. Untuk lengan, perut dan pinggul!
Selain itu, pelakon “Doctor Cha” tersebut turut berkongsi rutin pemakanan sihatnya untuk kelihatan muda. Jelasnya,
Apabila saya menjalani penggambaran, saya tidak boleh melakukan diet yang rendah lemak tinggi karbohidrat namun sebaik penggambaran tamat saya boleh melakukan diet yang seperti itu. Contohnya makan dada ayam dan sayur-sayuran.
Sambungnya lagi,
Saya juga sering memerhatikan berapa gram yang saya makan. Saya juga suka melakukan puasa berselang (intermittent fasting). Mengekalkan masa makan saya sejauh yang mungkin boleh membuatkan anda berasa muda. Adakah itu sebab saya nampak muda?
Sementara itu, Uhm Jung-hwa memainkan watak utama sebagai Cha Jung-sook dalam drama yang sedang bersiaran iaitu “Doctor Cha”.
Patut lah Um Jung-hwa nampak berseri je!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉