Selepas V, J-Hope adalah ahli BTS seterusnya yang terlibat untuk projek folio foto.
BACA: Dokumentari J-Hope BTS ‘j-hope IN THE BOX’ Bakal Tayang Di Disney+ Februari Ini
Terbaru, J-Hope telah melancarkan video untuk projek folio foto ‘All New Hope’, menampilkan imej yang berbeza dari apa yang biasa dilihat oleh peminat sebelum ini.
Khususnya pada awal video, ahli BTS itu tampil dengan semua pakaian putih dengan rambut panjang berwarna lavender dan membawa aura seperti seorang dewa.
Kemudian, konsep itu secara drastik bertukar apabila J-Hope tampil dengan pakaian serba hitam dengan rantai logam dan topi, dikelilingi api yang membara.
Dengan konsep unik dan imej berbeza yang ditunjukkan idola itu, peminat nampaknya teruja menantikan pelbagai lagi foto yang bakal dilancarkan untuk projek ‘All New Hope’ berkenaan.
Sama-sama kita nantikan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉