Ikuti Kami:

Dokumentari J-Hope BTS ‘j-hope IN THE BOX’ Bakal Tayang Di Disney+ Februari Ini

Dokumentari J-Hope BTS ‘j-hope IN THE BOX’ Bakal Tayang Di Disney+ Februari Ini

ARMY! Korang mesti tak sabar nak tengok dokumentari J-Hope kan?

Terbaru, salah seorang ahli dari kumpulan BTS iaitu J-Hope akan mengeluarkan dokumentarinya sendiri bertajuk ‘j-hope IN THE BOX’ pada bulan hadapan.

Untuk maklumat korang, dokumentari ini akan merakamkan proses pengeluaran album solo pertama J-Hope ‘Jack In The Box’ dan pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi mempromosikan albumnya pada bulan Julai tahun lalu.

Selain itu, dokumentari ini akan mengikuti bagaimana J-Hope menghasilkan semua lagu dalam albumnya sehinggalah ke ‘Listening Party’ bersama pemuzik dan pengarah, sehari sebelum album ini dilancarkan.

Malah, dokumentari ‘j-hope IN THE BOX’ juga memaparkan perjalanannya melakukan persembahan di pentas utama festival muzik ‘Lollapalooza’ yang diadakan di Chicago, Amerika Syarikat.

jhope lollapalooza

Info tambahan, dokumentari ini akan ditayangkan secara serentak di seluruh dunia pada 17 Februari jam 5 petang menerusi platform Weverse dan Disney+.

Korang jangan lupa tonton tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...