Ikuti Kami:

“Berambus..” – Haha Dikritik Sekali Lagi Dek Kelakuan Terlalu Kasar Dalam ‘Running Man’?

“Berambus..” – Haha Dikritik Sekali Lagi Dek Kelakuan Terlalu Kasar Dalam ‘Running Man’?

Mungkin sebab dah lama bersama, setiap ahli “Running Man” selesa bersama satu sama lain.

Dalam episod sambungan ‘Running Outing: Summer Vacation’, kesemua ahli meneruskan misi mereka di perkampungan kecil itu.

Semasa mempersembahkan ahli mana yang harus memperbaiki diri, tuju Yang Se-chan buat Haha,

Pertama kali saya menjumpai orang sejahatnya. Saya tak suka, tak gemar dengan si misai kotor.

Balas Haha,

Kita semua ada kekurangan tapi ramai yang dah semakin membaik, kecuali Yang Se-chan yang kotor, hodoh, jahat. Berambus.

running man

Ungkap Jeon So-min,

Jahat tau produksi, mereka cuba merosakkan kerjasama antara ahli.

Sebelum ini, Haha telah menerima kritikan ramai kerana melakukan adegan seksual 19 tahun ke atas apabila meniru satu babak dalam filem “Insider”.

Disebabkan had umur program itu ialah 15 tahun ke atas, kelakuan melampau seperti mencarut dan berlebihan menerima kritikan ramai. Walau bagaimanapun, episod kali ini turut menyebabkan penonton kecewa kerana penggunaan kata-kata carutan yang tak sesuai didengari remaj bawah umur.

Hmmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...