Ikuti Kami:

Berakhir Dengan Rating Biasa, Ending ‘Pandora: Beneath The Paradise’ Dikritik

Berakhir Dengan Rating Biasa, Ending ‘Pandora: Beneath The Paradise’ Dikritik

Akhirnya “Pandora: Beneath The Paradise” telah menamatkan siaran di Disney+ Hotstar kelmarin.

Untuk pengetahuan, drama balas dendam ini membawa kisah tentang seorang wanita yang menyedari bahawa kehidupannya bukanlah sempurna seperti yang dilihat.

Episod akhir

[Amaran SPOILER]

Semuanya mengelirukan apabila suami disayangi mula mengacukan pistol ke kepala Tae-ra (Lee Ji-ah). Ingatkan dia mahu mati bersama, namun semua di situ terkejut apabila Jae-hyun (Lee Sang-yoon) akhirnya menembak kepala sendiri sebelum terjunam ke dalam gaung.

pandora beneath the paradise

Walau bagaimanapun, penonton dibawa ke sedutan beberapa tahun kemudian di mana Tae-ra dilihat berbahagia bersama Ji-woo dan dilawati Kyo-jin. Pun begitu, semuanya kembali berubah menjadi tanda tanya apabila wanita berkenaan terlihat belakang badan Kyo-jin yang dipenuhi tanda panahan petir seperti parut yang dimilik Jae-hyun semasa membunuh Yu-ra.

Ending siri ini membuatkan ramai kusut apabila pantulan cermin itu menunjukkan wajah Jae-hyun dan bukannya Kyo-jin. Sepertinya ada pengembaraan baru yang perlu dilalui Tae-ra nanti.

pandora beneath the paradise

Rating biasa

Bagi episod akhir ini, “Pandora: Beneath The Paradise” hanya mampu berpuas hati dengan rating sebanyak 4.4% sahaja dan tidak mampu mengalahkan rekod terbaiknya iaitu 5.7% yang dicatat semasa episod kedua.

Rata-rata penonton meluahkan perasaan kecewa kerana drama ini yang semakin mengelirukan dipenghujung cerita selain secara tiba-tiba memberikan klu mengenai pelbagai kemungkinan semasa endingnya.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...