Semenjak mencipta nama menerusi “The Glory”, semua mata sering tertancap pada Cha Joo-young.
BACA: Selain ‘The Glory’, Cha Jooyoung Akan Turut Bintangi ‘The Real One Has Appeared’ Mac Ini
Terbaru, wanita itu telah dijemput untuk menjadi tetamu di ‘2022 Circle Chart Music Awards’ yang berlangsung di KSPO Dome di Taman Olimpik, Songpa-gu, Seoul.
Pada hari ini, Cha Joo-young tampil menyerlah dengan dress berwarna merah terang yang memeluk erat setiap inci tubuhnya. Bahkan keratan dada yang pendek membuatkan bahagian peribadi wanita itu lebih anggun dan menjadi sebutan semua.
View this post on Instagram
Tak cukup dengan itu, gaun berkenaan menekankan lilitan pinggangnya yang ramping selain pinggul yang besar hingga terbentuk s-line. Bak model kata semua!
Netizen yang melihat gambar di akaun Instagram wanita itu meninggalkan komen seperti,
Macam mana awak cantik sangat?
Gila, gila, serius. Awak cantik sangat.
Dia merupakan wanita hot sebenar.
Seksi diva.
Wah, ratu.
Dalam pada itu, ramai yang menantikan nasib watak Cha Joo-young di dalam bahagian kedua “The Glory” selepas watak Song Hye-kyo memulakan misi membalas dendamnya.
Cantik!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉