Selain “The Glory”, Cha Joo-young akan turut menemui penonton menerusi sebuah lagi drama!

Bagi yang belum tahu, Cha Joo-young telah disahkan akan membintangi drama “The Real One Has Appeared”, yang bakal diterajui Ahn Jae-hyun dan Baek Jin-hee.
Untuk pengetahuan, “The Real One Has Appeared” mengisahkan tentang percintaan dan kekeluargaan antara Oh Yeon-soo (Baek Jin-hee), seorang profesor bahasa dan ibu tunggal Gong Tae-kyung (Ahn Jae-hyun), seorang pakar perbidanan dan sakit puan yang belum berkahwin. Ianya telah dijadualkan untuk tayang pada Mac nanti.
Dalam drama ini, Cha Joo-young akan membawa watak sebagai Jang Se-jin, seorang yang tenang, yakin dan anggun, yang juga merupakan cinta pertama kepada Gong Tae-kyung dan ketua setiausaha untuk Gong Chan-shik (Hong Yo-seob).
Dalam pada itu, pelakon wanita itu turut akan kembali menghidupkan watak sebagai Choi Hye-jeong dalam bahagian 2 “The Glory” pada 10 Mac nanti.
Sibuk betul Cha Joo-young!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉