Ikuti Kami:

Belum Tayang, Program Hiburan Kim Woobin & Lee Kwangsoo Akan Sukar Raih Penonton?

Belum Tayang, Program Hiburan Kim Woobin & Lee Kwangsoo Akan Sukar Raih Penonton?

Tak lama lagi, program hiburan baru berjudul “You Reap What You Sow” bakal menemui penonton!

Untuk pengetahuan, “You Reap What You Sow” akan  mengikuti ahli iaitu Lee Kwang-soo, Kim Woo-bin, D.O. EXO dan Kim Ki-bang yang akan mengusahakan sebuah ladang kecil bersama-sama.

Khususnya, program ini sangat dinantikan kerana ia dicipta oleh penerbit popular Na Young-seok dan akan mula ditayangkan pada 13 Oktober ini.

Bagaimanapun, salah satu halangan ialah persaingan program yang juga disiarkan pada masa yang sama. “You Reap What You Sow” akan ditayangkan selama 2 jam bermula pada jam 8:40 malam dan ada beberapa drama yang turut disiarkan pada waktu yang sama.

my dearest 7 escape

Pertama adalah bahagian 2 drama “My Dearest” yang akan mula bersiaran pada tarikh yang sama jam 10 malam. Selain itu, drama baru “7 Escape” turut ditayangkan pada hari Jumaat, juga pada jam 10 malam.

Oleh itu, perhatian tertumpu sama ada program “You Reap What You Sow” akan berjaya menarik perhatian penonton meskipun dengan banyak persaingan.

Jangan lupa tonton pada 13 Oktober ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...