Rasanya ramai yang dah teruja menantikan tayangan paling dinantikan peminat K-Drama iaitu “Our Blues”.

Popular dek ditulis oleh penulis No Hee-kyung yang terkenal dengan drama seperti “Padam Padam”, “That Winter, The Wonds Blows” dan “It’s Okay, It’s Love”, namun drama omnibus ini tanpa sengaja terpalit dengan kontroversi kini.
Menerusi deskripsi watak yang dikeluarkan, Choi Han-soo (Cha Seung-won) digambarkan sebagai ‘Seorang lelaki yang menyayangi isteri dan anaknya. Kedua mereka kemduiannya meninggalkan Korea bagi memperbaiki kemahiran golf mereka, sekaligus Choi Han-soo hidup seorang di Korea.’
Manakala untuk watak Jung Eun-hee (Lee Jung-eun) pula, dia digambarkan sebagai tidak mempunyai pasangan lagi. Dalam penjelasan wataknya, Choi Han-soo disebut ‘datang ke Jeju untuk kerja dan sedang dalam proses penceraian dan dia mungkin terbuka untuk bercinta’. Keterangan ini sekaligus menggambarkan bahawa kedua watak ini mungkin akan mempunyai hubungan romantik nanti.
Disebabkan oleh perkembangan hubungan antara suami orang dan wanita solo, rata-rata penonton meluahkan rasa kesal kerana penulis Noh Hee-kyung sekali lagi memaparkan ‘kecurangan’ sebagai sesuatu yang romantik.
Kalau anda nak tahu, penulis ini pernah mengetengahkan tema kecurangan dalam drama “Lie” dan “Sad Temptation”. Malah naskhah “Goodbye Solo” turut disertai oleh pasangan yang mengakui kecurangan mereka di seluruh dunia iaitu pelakon Kim Min-hee dan pengarah Hong Sang-soo.
Untuk pengetahuan, “Our Blues” ialah drama omnibus di mana ia menceritakan kisah manis, masam dan pahit mengenai pelbagai watak berlatarbelakangkan kepulauan Jeju.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.