Ikuti Kami:

14 Kisah Di Jeju, Pelakon Utama Kongsi Sebab Perlu Tonton ‘Our Blues’

14 Kisah Di Jeju, Pelakon Utama Kongsi Sebab Perlu Tonton ‘Our Blues’

Dipromosikan ‘kaw kaw’, sudah pasti ramai yang tak sabar menonton “Our Blues” kan?

Bagi menaikkan lagi jangkaan ramai, para pelakon siri omnibus itu telah berkongsi beberapa persona utama drama berkenaan yang pasti akan membuatkan penonton seronok.

Cerita yang difahami semua

Kongsi Lee Byung-hun,

Meski kisah ini berlatarbelakangkan kawasan spesifik di kepulauan Jeju, saya percaya sesiapa, tak kira lokasi, akan dapat memahami cerita kesakitan dan harapan yang dilalui oleh semua dalam kehidupan.

tvn our blues

Ujar Kim Hye-ja pula,

Terdapat pelbagai cerita dalam drama ini. Saya hanyalah watak utama untuk satu bahagian. Setiap kisah mempunyai banyak aspek meruntun hati.

Tambah Shin Min-ah,

Saya merasakan ‘Our Blues’ akan menyampaikan mesej harapan buat ramai orang. Seronok rasanya dapat menghargai setiap kisah pelakon.

tvn our blues

Keserasian berwarna-warni 14 pelakon

Kisah dalam “Our Blues” akan memberikan fokus kepada hubungan dan kaitan antara rakan, jiran dan ahli keluarga di sebuah perkampungan di Jeju. Dalam drama ini, Cha Seung-won dan Lee Jung-eun merupakan bekas rakan sekelas yang bertemu semula selepas 20 tahun.

Selepas bekerja dengan Lee Jung-eun, komen Cha Seung-won,

Penggambaran pertama biasanya asing dan janggal, namun kami bekerja dengan baik bersama. Jadi, saya berasa sebuah drama yang menyeronokkan dan mengujakan akan terhasil.

tvn our blues

Ulas Lee Jung-eun,

Setiap episod mempunyai banyak babak seperti permata. Kami mahu melengkapkan pelayaran yang panjang, tapi saya akan melakukan yang terbaik untuk melahirkan kisah baik di Jeju.

Kongsi Uhn Jung-hwa mengenai keserasiannya bersama Lee Jung-eun pula,

Ia menyeronokkan. Saya seronok dapay menjalani penggambaran dengan si hebat Jung-eun.

Persekitaran baru kepulauan Jeju

Han Ji-min dan Kim Woo-bin yang akan membawa kisah percintaan antara haenyeo (penyelam) dan kapten kapal telah memilih pelbagai lokasi di jeju sebagai kunci utama drama ini.

Komen Han Ji-min mengenai lakonan pasangannya,

Kunci utama ialah lakonan melodrama Kim Woo-bin di mana kita akan melihatnya buat pertama kali selepas sekian lama.

tvn our blues

Tambah Kim Woo-bin,

Kami banyak berlakon di kepulauan Jeju, jadi anda akan dapat melihat pelbagai imej baru. Anada mesti tertekan dan mahu pergi melancong, jadi saya harap anda akan berseronok menerusi imej pemandangan ini.

Mendengarkan keseronokan para pelakon ini ternyata membuatkan penonton tak sabar menantikan “Our Blues”.

Tonton drama ini di Netflix bermula 9 April ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...