Ikuti Kami:

Belum Tayang, Drama Diterajui Woo Dohwan & Lee Yoomi ‘Mr. Plankton’ Dilanda Kontroversi

Belum Tayang, Drama Diterajui Woo Dohwan & Lee Yoomi ‘Mr. Plankton’ Dilanda Kontroversi

Belum tayang, drama “Mr. Plankton” telah dilanda kontroversi.

Untuk pengetahuan, “Mr. Plankton” adalah drama rom-kom yang diterajui Woo Do-hwan dan Lee Yoo-mi, mengikuti kehidupan seorang lelaki yang terpaksa mengembara dalam hidupnya, kerana tiada siapa yang menyayanginya.

Namun pada 16 Oktober, media Sports Seoul melaporkan bahawa ada seseorang mendawa pasukan produksi drama itu telah membuang sampah secara haram selepas penggambaran di Pulau Jeju.

Menurut gambar yang dimuat naik, pasukan penggambaran meninggalkan bekas makanan, puntung rokok, botol air dan banyak sampah lagi di merata tempat.

netflix mr. plankton

Sebagai tindak balas, syarikat pengeluaran drama itu iaitu High Zium Studio memberi respon mengenai dakwaan tersebut,

Penggambaran berlangsung dari pagi hingga petang di Hwasun Golden Sand Beach pada 15 Oktober. Memandangkan penggambaran selesai selepas matahari terbenam, pembersihan dijadualkan selama dua hari termasuk hari penggambaran dan pagi keesokan harinya.

Kami mengesahkan bahawa pasukan produksi memberi perhatian tambahan dan menyelesaikan pembersihan pagi ini. Kami akan lebih berhati-hati semasa proses penggambaran pada masa hadapan.

Sementara itu, “Mr. Plankton” dijangka bakal menemui penonton pada 2024 nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...