Ikuti Kami:

Woo Dohwan & Lee Yoomi Dilamar Terajui Drama Rom-Kom ‘Mr. Plankton’

Woo Dohwan & Lee Yoomi Dilamar Terajui Drama Rom-Kom ‘Mr. Plankton’

Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan Woo Do-hwan dan Lee Yoo-mi dalam sebuah drama!

Terbaru, Woo Do-hwan dan Lee Yoo-mi dilapor telah menerima tawaran untuk terajui drama komedi romantik baru berjudul “Mr. Plankton”.

Tidak lama kemudian, agensi Woo Do-hwan mengesahkan bahawa pelakon itu telah menerima tawaran untuk membintangi drama tersebut dan sedang menelitinya kini. Bagaimanapun, agensi Lee Yoo-mi masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan setakat ini.

Untuk pengetahuan, “Mr. Plankton” ialah drama rom-kom yang akan mengikuti kehidupan seorang lelaki yang terpaksa mengembara dalam hidupnya, kerana tiada siapa yang menyayanginya.

lee yoomi woo dohwan

Jika Woo Do-hwan menerima tawaran tersebut, dia akan membawa watak sebagai Hae-jo, seorang lelaki yang hatinya kosong dan tidak membina apa-apa hubungan dengan sesiapa pun. Manakala Lee Yoo-mi ditawarkan watak Jo Jae-mi, seorang wanita yang ingin menjadi keluarga Hae-jo, dengan mencurahkan kasih sayang abadi sambil mencari erti kehidupan.

Dalam pada itu, “Mr. Plankton” akan ditulis oleh penulis “It’s Okay to Not Be Okay” dan pengarah “Juvenile Justice”.

Nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...