Sudah mula berlakon sejak 2003, Son Ye-jin memang tidak dinafikan merupakan antara pelakon wanita Korea Selatan yang berjaya.
Terbaru pada 22 Mei, media melaporkan bahawa pelakon Son Ye-jin telah menjual sebuah vila mewah di Gangnam, Seoul, yang dimilikinya selama lebih 10 tahun kini.
Menarik perhatian, rumah tersebut dibeli pada harga 3 bilion won (RM10,399,917.88) pada 2008 dan dijual semula pada harga 1.8 bilion won (RM6,239,950.73) baru-baru ini.
Selain itu, rumah tersebut juga dipercayai dibeli oleh seorang ahli perniagaan yang pernah berkhidmat sebagai CEO sebuah syarikat gabungan Hyundai Motor Group.
Wuu Son Ye-jin ada berapa biji rumah la agaknya tuu..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉