Ikuti Kami:

Belajar Dari Kesilapan, Selebriti Ini ‘Cuci’ Nama Baik Selepas Terlibat Dengan Skandal

Belajar Dari Kesilapan, Selebriti Ini ‘Cuci’ Nama Baik Selepas Terlibat Dengan Skandal

Sama seperti artis negara lain, selebriti dunia hiburan Korea juga mesti ada terpalit dengan isu yang besar dan sukar untuk dilupakan oleh peminat.

Kali ini, KimchiDaily nak kongsikan 4 selebriti Korea yang terselamat dan masih diterima untuk terus berkarya, selepas terlibat dengan kontroversi.

Kim Seonho

kim seon ho artis berjaya naik selepas skandal

Pada tahun 2021, Kim Seon-ho telah didakwa oleh bekas teman wanitanya kerana memaksa untuk menggugurkan kandungan, kemudian menganiaya serta telah mengugutnya. Selain itu, dia juga dituduh memburukkan rakan sekerja dan peminat. Reputasi pelakon kacak itu pada dasarnya telah musnah dalam sekelip mata kerana dia digugurkan daripada projek dan beberapa jenama yang membuangnya dari iklan.

Bagaimanapun, perbualan antara kedua-duanya bocor dan ia telah didedahkan bahawa bukan sahaja bekas teman wanita itu mencadangkan pengguguran, bahkan Kim Seon-ho sebenarnya telah menjaga bekas teman wanitanya selepas pembedahan, memasak untuknya dan juga mempertimbangkan untuk menghentikan kerjaya sendiri untuk wanita itu. Orang ramai tidak mengambil masa yang lama untuk memihak kembali kepada Kim Seon-ho semula dan kerjaya pelakon “Hometown Cha Cha Cha” itu beransur pulih kini.

Seo Yeji

seo ye ji artis berjaya naik selepas skandal

Seperti Kim Seon-ho, pelakon utama “It’s Okay To Not Be Okay” Seo Ye-ji terpaksa berehat dari dunia seni hiburan selepas skandal yang melibatkan bekas pasangannya. Seo Ye-ji mengeluarkan permohonan maaf melalui agensinya dan mengakui kesilapannya, serta berjanji untuk mempersembahkan versi dirinya yang lebih baik kepada dunia pada masa hadapan.

Walaubagaimanapun, pengkritik dalam talian mengesyaki dia hanya melakukan ini untuk memudahkannya kembali berlakon. Seo Ye-ji telah diterima baik oleh peminat K-Drama kerana penampilannya dalam setiap cerita berjaya menarik kembali kepercayaan orang ramai.

Song Jia

song ji a artis berjaya naik selepas skandal

Walaupun skandalnya mungkin tidak begitu dramatik, bintang “Single Inferno” Song Ji-a menerima kritikan yang teruk selepas dia didedahkan memakai pakaian berjenama yang palsu pada rancangan temu janji popular itu. Selepas kejadian yang berlaku, dia mengeluarkan surat tulisan tangan yang berkata:

Saya memohon maaf sekali lagi atas sebarang situasi yang disebabkan oleh pelanggaran ciptaan pereka dan kejahilan hak cipta. Sebagai seorang yang mempunyai impian untuk melancarkan jenama, saya akan serius mengiktiraf kontroversi itu dan merenung secara mendalam.

Ramai menghentam Song Ji-a menyebabkan dia memadam semua video di YouTube dan  Instagramnya selepas mengeluarkan beberapa permohonan maaf. Tetapi baru-baru ini dia cuba membuat kemunculan semula di media sosial serta mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya atas sokongan mereka dan meyakinkan orang ramai bahawa dia baik-baik sahaja selepas kejadian itu.

Irene Red Velvet

irene red velvet

Pada Oktober 2020, Irene dituduh membuli penggayanya dan walaupun tuduhan itu tidak jelas, Irene mengeluarkan permohonan maaf yang mengesahkan tindakannya. Peminat berbelah bahagi, dengan ada yang menyokongnya dan ada yang menuntut dia meninggalkan Red Velvet supaya kumpulan itu dapat menyelamatkan imej baik mereka.

Selepas penata gaya mengesahkan bahawa Irene memang telah meminta maaf kepadanya secara peribadi, idola itu berdiam diri selama hampir setahun sebelum menyertai kumpulan Red Velvet untuk kemunculan semula penuh pada Ogos 2021. Pada masa itu, kontroversi yang melanda Irene seperti sudah dilupakan oleh peminat sama ada di Korea dan antarabangsa.

Manusia memang akan selalu buat silap, kita maafkan je ok!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...