Tiada siapa sangka bila akan tiba penghujung hayat kita.
Terbaru, bekas Miss Korea Daegu 2020 yang juga merupakan hos di saluran MBN iaitu Lee Yeon-je disahkan meingga dunia semasa menjalani pembedahan untuk merawat sakit kroniknya.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, mendiang telah memuat naik entri di mana dia mengambil cuti sakit dari MBN atas masalah kesihatan. Dia juga sempat melahirkan ucapan terima kasih buat rakan sekerja dan sahabat handai yang banyak menyokongnya.
Sudah dua bulan saya sakit dan dalam proses rawatan. Kelmarin, terima kasih buat rakan baik, saya berjaya menghabiskan tugasan terakhir sebelum memulakan cuti sakit. Walaupun sukar, saya sangat bersyukur dan menyayangi semua orang di sekeliling saya yang banyak menyokong.
Walau bagaimanapun, entri itu kini dipenuhi dengan ucapan takziah dari peminat yang tidak menyangka bahawa mereka tidak lagi dapat melihatnya selepas ini.
Untuk pengetahuan, Lee Yeon-je lahir pada 1996 dan merupakan kelulusan ijazah Bahasa Perancis dan Kesusasteraan dari Universiti Korea. Dia memenangi acara Miss Korea Daegu 2020 dan memulakan kerjaya di Yonhap News TV. Pun begitu, dia kemudiannya berpindah ke MBN dan menjadi hos untuk program ekonomi dan hal ehwal semasa.
Salam takziah.