Mesti ramai yang tengah layan drama “Romance in the House” sekarang kan?
Bagi yang belum tahu, drama ini mengisahkan tentang Byun Moo-jin, yang telah bankrap belasan tahun lalu dan bercerai, kemudian muncul di hadapan anak perempuannya dan bekas isterinya 14 tahun kemudian sebagai seorang jutawan besar.
Dalam drama ini, Son Na-eun memainkan watak sebagai Byun Mi-rae iaitu anak perempuan kepada Byun Moo-jin, yang bekerja di sebuh pasar raya yang sama dengan Nam Tae-pyeong (Min-ho SHINee).
엄마씨발최민호목선좀봐………………… pic.twitter.com/W189S4H2wG
— 계피 🫧 (@129_cho2) September 1, 2024
Untuk episod ke-8 drama itu, Byun Mi-rae dan Nam Tae-pyeong mula jujur tentang perasaan mereka pada satu sama lain dan akhirnya berkongsi ciuman.
Di laman X, klip dua watak itu berciuman telah mendapat perhatian dan meraih lebih 100 ribu tontonan setakat ini, di mana penonton rata-rata memuji keserasian mereka. Antara komen yang ditulis,
- Rugi siapa tak tengok drama ni.
- Wahh dengan ‘bekas isteri’ Tae-min.
- Tak sangka dapat tengok idola K-Pop berciuman.
Best tak korang drama ni setakat ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.