Ada K-Drama baru best untuk korang!
“Romance In The House” mengisahkan Byun Moo-jin (Ji Jin-hee), yang telah bankrap belasan tahun lalu dan bercerai, kemudian muncul di hadapan anak perempuannya Byun Mi-rae (Son Na-eun) dan bekas isterinya Geum Ae-yeon (Kim Ji-soo) 14 tahun kemudian sebagai seorang jutawan besar.
Ternyata popular dalam kalangan penonton, drama baru ini meraih purata rating sebanyak 4.8% untuk episod pertama dan 5.2% untuk episod keduanya.
Malah lakonan Choi Min-ho SHINee turut menjadi bualan ramai disebabkan visual yang menarik dan sudah sekian lama dia tidak muncul dalam drama kini.
Tolong lah layan drama ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.