Kim Hieora dilapor akan kembali ke industri hiburan selepas hampir setahun mendiamkan diri.
Menurut laporan media pada 16 April, Kim Hieora dikatakan akan memulakan kerjayanya di Hollywood. Ianya kerana, pada masa lalu, pelakon tersebut telah mendapat perhatian global dan menerima banyak tawaran disebabkan oleh populariti “The Glory”.
Namun, semua aktivitinya telah dihentikan kerana kontroversi buli. Kini, agensi Kim Hieora telah mengeluarkan kenyataan mereka dan menjelaskan bahawa mereka sudah menyelesaikan isu mengenai skandal pembulian tersebut.
Disebabkan itu, pintu untuk pelakon tersebut menceburi bidang lakonan di Amerika Syarikat telah dibuka semula.
Agensi Kim Hieora berkata,
Ianya peluang yang sangat hebat untuk menceburi industri negara luar. Namun, sekarang ini kami memilih untuk berhati-hati dan mengambil sedikit masa sebelum merebut peluang tersebut.
Terlebih dahulu, Kim Hieora telah mendapat perhatian ramai selepas pelakon itu melakonkan watak sebagai Lee Sara dalam siri terkenal Netflix, “The Glory”.
Selepas hampir setahun mendiamkan diri disebabkan skandal buli, rata-rata peminat sudah tidak sabar lagi untuk melihat kemunculan semula pelakon tersebut di industri hiburan Korea.
Semoga semua urusan Kim Hieora dipermudahkan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.