Ikuti Kami:

Bebas Kontroversi Dadah, G-Dragon Beri Petunjuk Akan Buat Kemunculan Semula?

Bebas Kontroversi Dadah, G-Dragon Beri Petunjuk Akan Buat Kemunculan Semula?

G-Dragon BIGBANG telah membuat hantaran yang seolah-olah memberi petunjuk bahawa dia akan mengeluarkan lagu baru.

Pada 28 November, G-Dragon telah membuat hantaran video di media sosial miliknya. Di mana, di dalam video tersebut G-Dragon sedang menyanyi lagu yang berjudul “New Song” selepas bertanyakan soalan ‘Siapakah saya?’.

Untuk pengetahuan, “New Song” merupakan sample daripada rentak lagu “Veridis Kuo” dari album Daft Punk.

Disebabkan hantarannya itu, rata-rata peminat membuat spekulasi bahawa ahli BIGBANG itu bakal melakukan kemunculan semula memandangkan lagu yang dihantarnya berjudul “New Song”.

Dia berkata,

Saya dah rancang untuk berjumpa dengan kalian semua melalui pelbagai aktiviti pada tahun ini. Malah, saya juga sedang menyiapkan album baru.

Dalam masa yang sama, ahli kumpulan BIGBANG ini juga telah bebas dari kontroversi dadah selepas semua keputusan ujian yang dilakukannya negatif. Malah, larangan keluar negara yang diterimanya juga telah ditarik balik.

Bagaimanapun, polis masih lagi meneruskan siasatan tambahan berikutan dengan kes itu.

Mesti swag kan lagu baru GD nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...