Ikuti Kami:

Seperti Di Pentas Peragaan, Item Dipakai G-Dragon Semasa Siasatan Polis Habis Dijual

Seperti Di Pentas Peragaan, Item Dipakai G-Dragon Semasa Siasatan Polis Habis Dijual

G-Dragon sekali lagi telah membuktikan dirinya sebagai bintang ikon fesyen terkenal.

Pada bulan Oktober yang lalu, G-Dragon telah disiasat atas tuduhan menggunakan dadah. Namun, ahli kumpulan BIGBANG itu telah menafikan dakwaan tersebut.

Berikutan dengan penafian penyanyi itu, kesemua jenama mewah yang bekerjasama dengannya kekal neutral dengan situasi tersebut dan keputusan ujian dadah bagi bintang itu juga adalah negatif.

Sebelum keputusan itu didedahkan, G-Dragon telah tampil hadir ke balai polis Incheon. Di mana dia telah tiba dengan menaiki sejenis kenderaan mewah jenama edisi terhad milik BMW yang juga merupakan salah satu jenama yang diwakilinya.

gdragon bmw

Malah, pakaian yang dipakainya pada hari itu juga telah menarik perhatian ramai, terutamanya kaca mata yang bernilai RM4.5 ribu milik penyanyi tersebut.

Kaca mata berjenama mewah dari Jacques Marie Mage itu kemudiannya telah habis dijual sejurus selepas G-Dragon memakainya di balai polis tersebut.

Tidak ketinggalan, kereta BMW edisi terhad yang dinaikinya pada hari itu juga telah mendapat permintaan yang tingi.

gdragon car

Ianya telah menyebabkan jumlah bekalan sedia ada bagi kenderaan tersebut tidak dapat memenuhi kesemua permintaan bagi kereta itu di Korea.

Dah nama pun G-Dragon kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...