Ikuti Kami:

‘Beauty With Brain’, Ini 10 Idola K-Pop Wanita Berjaya Di Menara Gading

‘Beauty With Brain’, Ini 10 Idola K-Pop Wanita Berjaya Di Menara Gading

Sebelum ini, KimchiDaily pernah kongsikan dekat korang tentang senarai bintang idola K-Pop lelaki yang berjaya tamatkan pengajian di peringat tertinggi.

Kali ini, kami akan berkongsi mengenai 10 bintang idola K-Pop wanita yang berjaya habiskan pengajian mereka di menara gading, nak tahu? Jom!

1. Girls’ Generation

Girls Generation

Dalam kumpulan Girls’ Generation, rata-rata dari mereka telah berjaya menamatkan pengajian mengikut bidang yang diceburi.

Yuri dan Sooyoung telah menamatkan pengajian mereka dalam bidang Teater di Universiti Chung-Ang. Ha, sedikit info untuk korang, sebenarnya pelakon Park Shin-hye pun belajar di universiti dan bidang yang sama macam Yuri dengan Sooyoung tau!

Mereka bertiga graduated sama-sama tau. Comel betul!

Selain dari Yuri dengan Sooyoung, Yoona dan Seolhyun juga berjaya menghabiskan pelajaran yang mereka ceburi dalam Seni Teater di Universiti Dongguk.

Kagum betul, busy macam mana pun mereka tetap berjaya habiskan pengajian masing-masing.

2. Minzy 2NE1 

Minzy 2ne1

Kalau korang kenal lagu “I Am The Best”, mesti akan teringat kumpulan 2NE1, betul tak? Ha, ahli kumpulan tersebut, Minzy pun turut berjaya dalam menamatkan pengajiannya di Universiti Baekseok dalam bidang Teologi.

3. Sojin Girl Days

Sojin Girls Day

Korang mesti terfikir, selalunya idola K-Pop ni akan mengambil jurusan yang tidak lari dari pekerjaan yang mereka ceburi, kan?

Siapa sangka, sebenarnya Sojin dari kumpulan Girl Days telah mengambil bidang Kejuruteran Mekanikal dan dia berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang di Universiti Yeungnam.

Jarangkan, kita dengar idola K-Pop ambil bidang kejuruteraan? Mesti budak paling hebat masa zaman sekolah.

4. Hyojung Oh My Girl

Hyojung Oh My Girl

Untuk peminat kumpulan Oh My Girl, Hyojung merupakan bekas pelajar dari Universiti Donga dan dia menceburi jurusan Persembahan dibawah Fakulti Media dan Kesenian.

Pergh! Hyojung memang mengasah bakatnya betul. 

5. Hyelim Wonder Girl’s 

Hyelim Wonder Girls

Kumpulan Wonder Girl’s tidak asing lagi dengan lagu popular mereka iaitu “Nobody”.

Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Hyelim merupakan graduan dari Universiti Hankuk dan dia telah pun mengambil bidang Tafsiran, Terjemahan dan Komunikasi.

Hal ini kerana, Hyelim mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang bahasa. Kini, dirinya fasih dalam Bahasa Korea, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Kantonis.

6. Xiaoting Kep1er 

Xiaoting Kep1er

Satu info yang menarik buat peminat kumpulan Kep1er! Sebelum Xiaoting debut menjadi bintang idola K-Pop wanita, dia merupakan graduan dari Akademi Muzik Sichuan di China dalam bidang Persembahan.

Bagusnya Xiaoting ni dahulukan pelajaran sebelum menjadi bintang idola K-Pop.

7. LeeSem Nine Muses 

LeeSem Nine Muses

Kumpulan generasi kedua K-Pop, LeeSem merupakan bekas ahli kumpulan Nine Muses juga sebenarnya graduan Universiti Yonsei dalam bidang Pentadbiran Awam Global.

Walaupun dia telah menarik diri dari menjadi ahli kumpulan tersebut, LeeSem mengambil keputusan untuk belajar dan berjaya menghabiskan pengajiannya dengan cemerlang.

8. Queen Wa$abii

Queen Wasabi

Hah?! Tahu tak, penyanyi rapper Queen Wa$abii adalah lepasan graduan dari Universiti Perempuan Ewha dan mengambil jurusan Pendidikan di universiti tersebut.

Terkejut tak korang?

9. Jaekyung Rainbow

Jaekyung

Korang tahu tak, pelakon cantik, Jaekyung ini dahulunya seorang bintang idola K-Pop wanita dari kumpulan Rainbow tau!

Dia sebenarnya merupakan seorang graduan dari jurusan Seni Reka Fesyen di Universiti Perempuan Dongduk dan berjaya menamatkan pengajian yang dia ceburi.

10. Soodam SECRET NUMBER

Soodam

Ingat tak tentang kumpulan idola K-Pop wanita yang famous dengan lagu “Doomchita”? Ha, kumpulan itu ialah Secret Number dan salah seorang ahli dari kumpulan tersebut dikenali sebagai Soodam.

Dia telah menamatkan pengajiannya di Universiti Perempuan Ewha dalam jurusan Tarian Tradisional Korea. Fakta untuk korang, Soodam telah pun memenangi pingat emas dalam pertandingan Tarian Tradisional Korea di Universiti HanYang!

Gempaklah, Soodam! Patutlah pandai menari, rupanya ada basic dalam dunia tarian sebenarnya.

Macam tak percayakan bintang idola K-Pop wanita juga berjaya menamatkan pengajian mereka walaupun sibuk dengan kerjayanya yang padat untuk peminat mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...