Ikuti Kami:

Bayar Secara Tunai, Yoona Dilapor Beli Rumah Baru Di Gangnam Bernilai Lebih RM20 Juta

Bayar Secara Tunai, Yoona Dilapor Beli Rumah Baru Di Gangnam Bernilai Lebih RM20 Juta

Sudah lama menjinak dalam industri hiburan, Yoon-a tidak dinafikan merupakan salah seorang selebriti Korea dengan pendapatan lumayan.

Baru-baru ini, media melaporkan bahawa Yoon-a telah membeli hartanah baru, terletak di menara Mark Hills Cheongdam 1 yang berprestij di Daerah Gangnam.

Untuk pengetahuan, pangsapuri tersebut mempunyai keluasan kira-kira 260.1 meter persegi dan membawa tanda harga sebanyak 5.7 bilion KRW (RM20,241,381). Apa yang lebih menakjubkan, ahli SNSD itu dilapor telah membayar keseluruhan jumlah dalam satu ansuran tanpa memerlukan pinjaman bank.

yoona snsd

Sementara itu, Mark Hills Cheongdam 1 menawarkan pelbagai eksklusiviti dan kemewahan. Setiap tingkat menempatkan hanya satu isi rumah bagi memastikan privasi dan keselesaan penduduk terjaga. Tambahan, apartmen itu dilengkapi dengan lif peribadi dan teres atas bumbung, memberikan pemandangan persekitaran yang menakjubkan.

Bukan itu sahaja, bangunan itu juga mempunyai sistem keselamatan yang ketat, dengan privasi pegawai berpangkat tinggi

Fuh mantap la Yoon-a!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...