Dengar cerita Seo-hyun akan berlakon dalam filem sci-fi. Betul ke?
BACA: “Hati Saya Panas” – Akui Lupa Kontroversi Dengan Seohyun, Kim Junghyun Dikritik Netizen
Terbaru, agensi Seo-hyun iaitu Namoo Actors memberitahu kepada media bahawa,
Seo-hyun sedang meneliti wataknya dalam filem ‘Finding The King’.
Untuk maklumat, “Finding The King” adalah sebuah filem sci-fi yang berlatar belakangkan musim panas 1980, mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang bertemu dengan robot gergasi di sebuah kampung terpencil di zon bebas tentera.
Sebelum ini, Goo Kyo-hwan dan Yoo Jae-myung turut menerima tawaran untuk membintangi filem yang sama.
Jika Seo-hyun menerima tawaran ini, dia akan memegang watak sebagai jururawat kesihatan di kampung itu.
Sedikit info, pelakon itu pernah membintangi “Love and Leashes” di Netflix tahun lepas.
Fighting Seo-hyun!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉