Ikuti Kami:

Bawa Watak 40-an, Lakonan Ji Hyunwoo Dalam ‘Young Lady And Gentleman’ Dikritik?

Bawa Watak 40-an, Lakonan Ji Hyunwoo Dalam ‘Young Lady And Gentleman’ Dikritik?

Meskipun sudah lama berlakon, namun nama Ji Hyun-woo menjadi sebutan selepas kritikan yang dilemparkan dek lakonannya dalam drama mingguan “Young Lady And Gentleman”.

Sesiapa yang menonton drama tersebut semestinya mengetahui bahawa lelaki itu membawa watak Lee Young-guk, iaitu seorang presiden kaya berusia dalam lingkungan 40 tahun.

Dalam episod baru-baru ini, Lee Young-guk telah memanggil Park Dan-dan (Lee Se-hee) untuk berbincang namun ianya berakhir dengan kemarahan.

Walaubagaimanapun, penonton yang menonton episod berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati dengan kualiti lakonan lelaki itu.

ji hyunwoo young lady and gentleman

Kata mereka,

Saya berasa agak janggal membawa watak presiden walhal dia masih muda.

 

Tangan dan kaki saya mengecut (geli) apabila menyaksikan mereka. Adakah ini lakonan?

 

Watak Lee Young-guk patutnya dilakonkan sebagai seorang yang berusia 40-an dan mempunyai pemikiran yang sedikit kolot.

Sekadar pengetahuan, ia membawa kisah Lee Young-guk seorang duda dengan tiga orang anak yang masih belum dapat melupakan mendiang isterinya. Lelaki itu kemudiannya mengambil seorang tutor, Park Dan-dan untuk tinggal bersama bagi memberikan kelas buat anaknya. Mempunyai personaliti yang menarik dan positif meskipun datang dari keluarga yang susah, lelaki itu kemudiannya mula tertarik dengan wanita berkenaan.

Pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...