Ikuti Kami:

Perbezaan Usia Ketara, Penonton Mengadu ‘Young Lady And Gentleman’ Galak Golongan ‘Pedo’

Perbezaan Usia Ketara, Penonton Mengadu ‘Young Lady And Gentleman’ Galak Golongan ‘Pedo’

Menggantikan “Revolutionary Sisters”, drama mingguan KBS iaitu “Young Lady And Gentleman” nampaknya sudah pun terpalit kontroversi di awal tayangannya.

Ia membawa kisah Lee Young-kook (Ji Hyun-woo) seorang duda dengan tiga orang anak yang masih belum dapat melupakan mendiang isterinya. Lelaki itu kemudiannya mengambil seorang tutor, Park Dan-dan (Lee Se-hee) untuk tinggal bersama bagi memberikan kelas buat anaknya. Mempunyai personaliti yang menarik dan positif meskipun datang dari keluarga yang susah, lelaki itu kemudiannya mula tertarik dengan wanita berkenaan.

Pada 25 September, siri romantik itu menemui penonton buat pertama kalinya menerusi saluran KBS. Walaubagaimanapun respon negatif mula menular mengenai plot cerita berkenaan yang mengandaikan seperti seorang remaja jatuh cinta dengan lelaki dewasa. Babak yang terbabit itu menampilkan seorang perempuan berusia 13 tahun berjumpa dengan lelaki berusia 27 tahun sebelum membawa kepada plot apabila mereka bertemu semula sebagai tuan rumah dan pekerja.

kontroversi young lady and gentleman

Antara komen penonton:

Perbezaan usia bukannya masalah di sini. Tetapi disebabkan mereka menggambarkan seorang kanak-kanak berkemungkinan jatuh cinta dengan lelaki dewasa. Mereka boleh sahaja menayangkan plot di mana mereka jatuh cinta apabila sudah dewasa.

 

Gelinya.

 

“Tapi kenapa pihak produksi terlalu memberi fokus kepada perbezaan usia mereka? Tak sukalah apabila mereka mengarahkan ceritanya sebegini.

 

Sila tulis aduan di jabatan produksi drama KBS, hal ini tak sepatutnya dipandang remeh.

 

Apa masalah negara ini? Mengapa mereka asyik menghasilkan kandungan seperti ini dan siapa yang mempersetujuinya?

 

Drama seperti ini hanya akan menggalakkan pedofilia.

 

Kalau mereka nak tunjukkan hubungan yang kian berkembang, boleh sahaja gandingkan watak berusia 20 tahun dan 34 tahun.

Setakat ini, masih belum ada respon daripada pihak “Young Lady And Gentleman” mengenai plotnya. Apa pula komen anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...