Utama Celebrity News Bawa Haluan Sendiri, Gyuri Tinggalkan fromis_9 & PLEDIS Entertainment

Bawa Haluan Sendiri, Gyuri Tinggalkan fromis_9 & PLEDIS Entertainment

gyuri

Jang Gyu-ri tinggalkan kumpulan fromis_9? Eh? Dah kenapa pula…

Terkini, agensi kumpulan fromis_9 telah memberi kenyataan berikutan daripada perkhabaran Jang Gyu-ri yang kini telah tidak berkerjasama di bawah agensi tersebut malah juga bukan lagi salah seorang ahli kumpulan itu.

Agensi itu menyatakan bahawa,

fromis_9 akan menjadi kumpulan seramai 8 ahli sahaja bermula dari Ogos akan datang dan akan bertemu peminat mereka dalam aktiviti di Jepun akan datang.

mereka akan dijadualkan memulakan aktiviti mereka semula pada separuh kedua tahun ini. Lagu kelima mereka dari “Our Memento Box” dari fromis_9 akan menjadi promosi terakhir aktiviti Jang Gyu-ri semasa dia mengakhiri masanya sebagai ahli fromis_9. Dia akan menamatkan kontraknya dengan kami mulai 31 Julai ini dan akan memulakan perjalanan baharu. 

gyuriPLEDIS Entertainment turut berkata,

Lagi 8 orang ahli fromis_9 iaitu Lee Sae-rom, Song Ha-young, Park Ji-won, Roh Ji-sun, Lee Seo-yeon, Lee Chae-young, Lee Na-gyung dan Baek Ji-heon telah menandatangani kontrak eksklusif terbaru bersama kami apabila mereka menyertai PLEDIS pada Ogos 2021. Namun, untuk kes Jang Gyu-ri, setelah pertimbangan dan keputusan yang teliti dibuat, kami tidak lagi berkerjasama dan membawa haluan masing-masing dengan baik. 

Semoga perjalanan baru Jang Gyu-ri akan menjadi mudah buatnya selepas ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensas

SUMBERSports Seoul
Loading...