Ikuti Kami:

“Bau Rokok..” – Choi Yeojin Kongsi Cerita Dicium Ganas, Netizen Teka Identiti Pelakon Lelaki Biadab

“Bau Rokok..” – Choi Yeojin Kongsi Cerita Dicium Ganas, Netizen Teka Identiti Pelakon Lelaki Biadab

Nampak indah tapi sebenarnya banyak hal kurang manis yang berlaku disebalik tabir penggambaran K-Drama.

Dalam rancangan “Men On Fire” sebelum ini, pelakon Choi Yeo-jin mendedahkan pengalaman buruk semasa berlakon dalam sebuah drama dahulu. Jelasnya,

Saya cuba untuk tidak mengungkit perkara ini. Pelakon lelaki itu mempunyai perangai buruk dengan pelakon lain. Dia merokok sebelum merakam adegan ciuman. Apabila saya cuba kelihatan cantik di depan kamera, dia akan mencium dengan kuat dan saya akhirnya lebam teruk.

Tambah Choi Yeo-jin,

Bila pengarah beritahu yang dia tak boleh merokok ketika rakam adegan ciuman, dia terus marah dan menyatakan dia tidak mahu menjadi pelakon bagus. Saya sangat kecewa hingga saya mencarut padanya di depan pengarah.

choi yeojin

Pun begitu, Choi Yeo-jin tidak memberitahu siapakah gerangan pelakon lelaki tersebut dan hanya berkongsi bahawa dia sudah tidak aktif dalam industri seni kini.

Mendengarkan cerita itu, rata-rata netizen mula mengorek dan cuba meneka identiti pelakon lelaki tersebut. Ulas mereka,

Kalau dengan pelakon pun dia layan macam tu, bagaimana agaknya bila dia layan staf produksi.

 

Choi Min ke?

 

Jung Joon-young kan, sebab dia dalam penjara sekarang.

Hmmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...