Nampaknya, Lee Je-hoon harus membatalkan beberapa jadualnya atas sebab tertentu.
Pada 2 Oktober, agensi Lee Je-hoon mengumumkan bahawa pelakon itu tidak dapat menghadiri majlis perasmian Festival Filem Antarabangsa Busan ke-28, di mana dia sepatutnya menjadi pengacara bersama Park Eun-bin.
Kongsi agensi mengenai sebabnya,
Lee Je-hoon pergi ke hospital pada malam 1 Oktober kerana sakit perut yang teruk dan dia didiagnosis dengan kolitis iskemia. Dia telah menerima pembedahan kecemasan awal pada 2 Oktober.
Syukur pembedahan itu berjaya dan dia kini sedang pulih di hospital. Kami perlu melihat perkembangan pemulihanya tetapi dia mungkin perlu dimasukkan ke hospital selama kira-kira seminggu.
Selain itu, agensi juga turut memohon maaf kepada pihak Festival Filem Antarabangsa Busan dan Anugerah Filem Buil, kerana Lee Je-hoon harus menarik diri pada akhir waktu.
Semoga cepat sembuh Lee Je-hoon!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.