Ikuti Kami:

Baru Tayang 2 Minggu, Filem ‘Noryang: Deadly Sea’ Hampir Capai 4 Juta Penonton

Baru Tayang 2 Minggu, Filem ‘Noryang: Deadly Sea’ Hampir Capai 4 Juta Penonton

Ini terbukti naskhah Korea sangat berkualiti dan diminati ramai.

Pengarah “Noryang: Deadly Sea”, Kim Han-min, menyatakan bahawa filem tersebut menduduki tempat teratas dalam box office secara keseluruhan.

Untuk pengetahuan, “Noryang: Deadly Sea” ialah filem aksi perang yang memukau mengisahkan tentang pertempuran penentu Laksamana Yi Sun-shin untuk melenyapkan sepenuhnya tentera Jepun yang cuba berundur dari Joseon. Pertempuran ini tercetus tujuh tahun selepas bermulanya pencerobohan Jepun ke atas Korea pada 1592.

Filem itu, yang memegang kedudukan nombor satu sejak ditayangkan pada 20 Disember, hampir mencecah 4 juta penonton di mana, kini berjumlah 3,799,385 penonton.

Tambahan, filem ini dibintangi oleh ramai pelakon hebat seperti Kim Yoon-seok, Jung jae-young, Baek Yun-shik dan ramai lagi.

Korang dah tonton ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...