Ikuti Kami:

Baru Satu Episod, ‘Chief Detective 1958’ Berjaya Catat Rating Cecah 10%

Baru Satu Episod, ‘Chief Detective 1958’ Berjaya Catat Rating Cecah 10%

Untuk siapa yang minat Lee Je-hoon, ada drama baru untuk korang!

Terbaru, Lee Je-hoon kembali dengan drama barunya “Chief Detective 1958”, yang telah pun mula ditayangkan pada 19 April.

Prekuel untuk siri “Chief Inspector”, “Chief Detective 1958” mengisahkan tentang Detektif muda Park Young-han, yang dipindahkan ke pejabat Seoul pada tahun 1958 dan bekerjasama dengan tiga rakan sekerja untuk mencapai keadilan.

Meskipun baru satu episod ditayangkan, drama tersebut telah berjaya mencatat rating hebat, mencecah sebanyak 10.1% menurut Nielsen Korea.

mbc chief detective 1958

Tambahan, penonton turut memberikan komen positif kerana drama itu memberi gambaran nostalgia Korea pada akhir 1950-an dengan baik.

Sekadar info, “Chief Detective 1958” juga dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Lee Dong-hwi, Choi Woo-sung, Yoon Hyun-soo, Seo Eun-su dan ramai lagi.

Jangan lupa tonton “Chief Detective 1958” yang bersiaran pada setiap hari Jumaat dan Sabtu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   JTBC

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...