Setelah sekian lama, akhirnya Song Ji-hyo kembali ke layar perak dengan naskhah “A Meeting Home”.
Baru-baru ini, filem berkenaan dikhabarkan sudah pun menamatkan penggambaran di mana ia membawa kisah menyentuh hati di antara warden penjara dan seorang anak banduan.
Sepanjang penggambaran berlangsung, Song Ji-hyo dilihat memuat naik kesemua trak sokongan yang dihantar buatnya terutama dari agensi Nexus E&M dan rakan taulan. Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah apabila pihak “Running Man” dilihat turut menghantar trak kopi buat wanita itu di set.
Jihyo IG story update with the coffee truck sent by Running Man Production Team
First time in 13years… 🥹
The banner says:
Running Man’s treasure, Song Jihyo, let’s buy it!!From the ♥Goddess Jihyo ♥ holding team <Running Man>
We cheer for the successful filming of <A… pic.twitter.com/fQHeqxHWDw
— SongJihyoInternational01 송지효국제팬연합 (@SJHIntl01) February 14, 2024
Walaupun nampak meriah, tetapi sepertinya peminat mengungkit mengenai Song Ji-hyo yang perlu menunggu hampi berbelas tahun untuk mendapat trak sokongan berkenaan dari program itu sedangkan ahli lain seperti Lee Kwang-soo dan Jeon So-min sudah biasa mendapatnya.
Balas salah seorang peminat,
Ini pun sebab Ji-hyo menang dalam misi masa episod ke-600 kan?
Malah mereka pernah bergaduh mengenai hal tersebut dalam salah satu episod “Running Man” yang lalu.
Apa pun, seronok melihat pasukan “Running Man” menyokong satu sama lain.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.