Baru Dibedah, Ramai Risau Jun Somin Berkerusi Roda & Terus Sertai Penggambaran ‘Running Man’
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Peminat nyata menarik nafas lega selepas Jun So-min menafikan bahawa dia bakal meninggalkan “Running Man” apabila khabar angin itu berterbangan tanpa sebab yang pasti.
Meskipun baru sahaja selesai menjalani pembedahan dek keretakan kaki baru-baru ini, namun wanita itu tidak berlengah untuk terus menyertai penggambaran program itu yang berlangsung pada Isnin lalu.
Terbaru, Ji Suk-jin telah memuat naik entri di Instagram bagi menyambut hari kelahirannya. Menerusi posting itu, peminat dapat melihat Jun So-min yang tersenyum manis bersama ahli lain.
Namun yang membimbangkan apabila wanita itu dilihat berkerusi roda ketika penggambaran “Running Man” itu.
Dalam pada itu, kesemua peminat dilihat meninggalkan komen bagi menyambut hari jadi Ji Suk-jin. Ucap akaun Instagram rasmi “Running Man”.
Terima kasih kerana menjadi ahli Running Man selama ini.
Apa pun, semoga Jun So-min kembali sihat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




