Ikuti Kami:

Baru 6 Episod, Rating ‘The World Of The Married’ Pecah Rekod ‘Itaewon Class’ & Sikit Lagi Bakal Kalahkan ‘SKY Castle’

Baru 6 Episod, Rating ‘The World Of The Married’ Pecah Rekod ‘Itaewon Class’ & Sikit Lagi Bakal Kalahkan ‘SKY Castle’

Tak sangka rupanya ramai yang gilakan drama berkenaan khianat dan curang dalam hubungan rumah tangga! Bermula daripada drama “VIP” yang mendapat sambutan hangat pada tahun 2019, kini drama “The World Of The Married” pula mencipta fenomena dalam kalangan peminat K-Drama.

Kalau anda nak tahu, drama bertemakan hubungan curang dan balas dendam ini telah berjaya merekodkan rating tertinggi iaitu 6.63% semasa episod pertamanya sekali gus mencipta sejarah di saluran JTBC. Bahkan rating “The World Of The Married” semakin meningkat pada saban episod malahan ianya pasti trending di serata media sosial setiap kali tayangan.

Pecah rekod “Itaewon Class”

Tidak sangka apabila episod ke-6 drama ini yang ditayangkan semalam (12 April) berjaya meraih satu angka yang mengejutkan sehingga memecah rekod peribadinya. Purata rating yang dicatatkan ialah 18.8% di seluruh negara dan 21.4% bagi kawasan metropolitan Seoul. Satu nombor yang mengagumkan bagi drama di saluran berbayar!

rating the world of the married kalahkan itaewon class

Drama ini sesungguhnya ‘bukan beshe beshe’ kerana baru sahaja memasuki 6 episod, ia sudah berjaya mengalahkan rating terbaik drama “Itaewon Class” yang direkodkan semasa episod terakhirnya iaitu 16.5% di seluruh negara. Secara tak langsung meletakkan “The World Of The Married” di tempat kedua dalam sejarah saluran JTBC dengan rating tertinggi. Ia kini berada di belakang drama “SKY Castle” (23.78%) yang memegang rating tertinggi bukan sahaja bagi saluran tersebut bahkan untuk seluruh saluran kabel.

Konflik semakin menebal

Sesiapa yang menonton drama ini pasti berasa geram setiap kali melihat perangai Lee TaeOh yang tidak sedar diri. Dah lah curang dengan isteri sendiri malahan dia tidak malu menggadaikan pelbagai harta yang diusahakan oleh isterinya sendiri bagi memenuhi kehendak kekasih gelapnya. Seronok gila bila lihat SunWoo dedah kecurangan suaminya itu di hadapan ibu bapa DaKyung, perempuan muda yang menghancurkan rumah tangganya.

rating the world of the married kalahkan itaewon class

Walaupun mereka sudah bercerai dan 2 tahun berlalu, Lee TaeOh nampaknya telah kembali semula dan mahu membalas dendam terhadap bekas isterinya. Daripada sedutan episod akan datang, lelaki itu kelihatan hidup senang dengan Dakyung dan anak mereka dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Penonton yang menonton drama “The World Of The Married” tak puas menyumpah seranah Lee TaeOh dan DaKyung kerana bermuka tebal dan tidak menyedari kesalahan mereka. Semasa berkahwin dengan SunWoo pun, lelaki itu hidup atas penat jerih isterinya dan kini dia menggunakn kekayaan bapa mertua barunya untuk mulakan hidup baru. Dasar biawak hidup!

rating the world of the married kalahkan itaewon class

Ada lagi 10 episod, harap SunWoo dapat balas dendam dan jatuhkan TaeOh yang tak sedar diri itu!

Sumber: Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...