Ikuti Kami:

Baru 3 Bulan Debut, NewJeans Dilapor Terima Lebih 100 Tawaran Untuk Jadi Model Pengiklanan

Baru 3 Bulan Debut, NewJeans Dilapor Terima Lebih 100 Tawaran Untuk Jadi Model Pengiklanan

Meskipun baru sahaja debut, kumpulan NewJeans telah membuktikan kepopularitian mereka yang luar biasa!

Terbaru, dilaporkan bahawa lebih daripada 100 syarikat pengiklanan telah menghantar tawaran buat NewJeans untuk mewakili jenama mereka.

Untuk pengetahuan, kumpulan dengan 5 ahli itu merupakan wajah kepada jenama terkemuka seperti SK Telecom, 5252 BY 0!0i, Shinhan Bank SOL, Mega Study dan banyak lagi kini. Memang jadi rebutan tau!

Apa yang lebih menakjubkan, baru tiga bulan sejak NewJeans membuat penampilan sulung mereka iaitu pada Ogos lepas namun, kumpulan gadis itu nampaknya telah menerima banyak perhatian daripada syarikat pelbagai industri seperti telekomunikasi, jenama fesyen, syarikat pendidikan dan lain-lain.

Oleh itu, selain melalui muzik, NewJeans nampaknya akan dilihat lebih kerap lagi di luar sana, dengan aktiviti pengiklanan mereka yang akan berkembang lebih jauh, malah ke jenama global luar negara.

Gempak lah NewJeans!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...