Ikuti Kami:

Cuba Pelbagai Makanan & Tempat Hiburan, NewJeans Tampil Dengan Program Baru

Cuba Pelbagai Makanan & Tempat Hiburan, NewJeans Tampil Dengan Program Baru

NewJeans kini ada rancangan hiburan sendiri? Biar betul…

Baru-baru ini, Organisasi Pelancongan Busan mengumumkan bahawa kumpulan rookie, NewJeans kini selesai menjalani penggambaran bagi rancangan hiburan mereka sendiri untuk 2 hari dan 1 malam di Busan pada 26 dan 27 September lalu. newjeansRancangan “NewJeans’ Code in Busan” itu merupakan di bawah pengendalian Organisasi Pelancongan Busan untuk mempromosikan Ekspo Dunia Busan dan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Busan.

“NewJeans’ Code in Busan” bakal memaparkan sisi perjalanan yang mereka alami secara jelas dan mengujakan di mana mereka akan mencuba pelbagai makanan dan hiburan. Antara tempat yang mereka lawati adalah, Kereta Kabel Marin Song-do, Pasar Bu-pyeong Kkangtong, Bot Jet Yeong-do, Dadaepo Sunset Fountain of Dream, Jeonpo Tool-gil , Gwangalli, dan macam-macam lagi.newjeansRancangan itu akan mula bersiaran pada 16 Oktober ini, melalui siaran SBS pada setiap hari Ahad, malah turut bersiaran di saluran YouTube rasmi Organisasi Pelancongan Busan, “VISIT BUSAN”.

Nantikan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...