Ikuti Kami:

Baru 2 Episod, ‘Shooting Stars’ Dibanjiri Kritikan Dek 4 Isu Ini

Baru 2 Episod, ‘Shooting Stars’ Dibanjiri Kritikan Dek 4 Isu Ini

Ramai ke yang seronok menonton “Shooting Stars” kini?

Ianya merupakan drama komedi romantik mengenai mereka yang bekerja di belakang tabir dalam industri hiburan.

Meskipun baru menayangkan 2 episod, namun terdapat pelbagai kritikan yang membanjiri drama ini kini. Bahkan ramai yang kecewa kerana promosi yang gah langsung tidak setara dengan kepincangan plot yang ditampilkan.

shooting star dikritik

Bukan satu atau dua, tapi “Shooting Stars” dikritik kerana pelbagai isu yang berbeza sejak beberapa hari ini dan penonton meluahkan perasaan mereka di serata platform seperti laman komuniti dan media sosial.

Gambaran Afrika ‘palsu’

Seperti yang penonton ketahui, watak utamanya iaitu Gong Tae-sung (Kim Young-dae) telah dihantar ke Afrika selama setahun bagi menenggelamkan gosip hangat mengenainya. Walau bagaimanapun, rata-rata penonton terutamanya dari luar negara kesal melihat benua itu digambarkan seperti sebuah ‘negara’ yang uzur.

Tambahan pula Gong Tae-sung menggambarkan yang dia baru mengenali erti syukur kerana mendapat bekalan air, makanan dan pakaian yang bersih di Korea selepas merasai kehidupan di Afrika. Bahkan terdapat babak di mana mereka menggerudi tanah bagi mendapatkan air dan lelaki itu merupakan ‘penyelamat’ dari negara lebih maju yang datang membantu.

Walaupun digambarkan sebagai kawasan yang kurang membangun, namun penonton tertawa sinis apabila Gong Tae-sung mampu melakukan panggilan video dengan baik sahaja ke Korea.

Kesilapan tidak realistik

Oh Han-byul yang merupakan ketua jabatan perhubungan awam nyata perlu berhati-hati apabila mempromosikan artis di bawah jagaannya pada umum. Walau bagaimanapun, salah seorang staf di bawahnya melakukan kesilapan ejaan pada satu siaran wartawan dan tanpa sengaja mengatakan artis mereka ialah ‘lelaki dikasi’ dan bukannya seorang ‘arkeologi’ lantas wanita itu dengan pantas membetulkannya.

shooting star dikritik

Melihatkan babak itu, ternyata ianya kelihatan tidak realistik. Masakan tiada langsung wartawan yang menghubungi syarikat itu untuk mendapatkan kepastian mengenai kandungan artikel itu sebelum memuat naik di laman web mereka.

Bukti lelaki sejati

Dalam satu babak yang lain, Gong Tae-sung dilihat mengamuk dan mengejar Oh Han-byul (Lee Sung-kyung) hingga ke dalam tandas apabila sebuah artikel mengenainya sebagai ‘mandul’ telah dimuat naik tanpa sengaja oleh media.

Bagi membuktikan bahawa dia adalah lelaki sejati, pelakon itu cuba membuka seluarnya di hadapan Oh Han-byul namun sempat dihalang oleh staf lain.

Mungkin kelakar bagi sesetengah orang, namun babak itu tanpa sengaja menguar-uarkan gangguan seksual kerana tiada yang normal apabila seorang lelaki cuba menunjukkan alat kemaluannya pada wanita, betul tak?

Lakonan kurang menyengat

Kalau anda nak tahu, Kim Young-dae sanggup melepaskan drama “School 2021” bagi menerajui drama “Shooting Stars”. Malah ia adalah satu watak besar buatnya selepas menempa nama di dalam drama popular “The Penthouse”.

Pun begitu, lakonannya sebagai Gong Tae-sung masih lagi terdapat kekurangan dan watak komikal yang cuba dipaparkan kurang meyakinkan penonton. Malahan, rata-rata penonton lebih terpersona dengan watak sampingan yang dibawa oleh Yoon Joong-hoon, Kim So-jin dan Kim Yoon-hye.

shooting star dikritik

Mungkinkah segala isu yang dibangkitkan ini merupakan antara faktor yang menyebabkan “Shooting Stars” tidak mendapat perhatian ramai? Untuk dua episod pertama, drama ini hanya mampu mencatatkan rating sebanyak 1.6% dan 1.8% sahaja.

Apa pula pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...