Ikuti Kami:

Singkap Sebalik Tabir Dunia Hiburan, Episod Awal ‘Shooting Star’ Raih Rating Rendah

Singkap Sebalik Tabir Dunia Hiburan, Episod Awal ‘Shooting Star’ Raih Rating Rendah

Ada yang sudah menonton episod awal “Shooting Star”?

Sinopsis

Ianya merupakan drama komedi romantik mengenai mereka yang bekerja di belakang tabir dalam industri hiburan.

Kisah di sebalik dunia hiburan

[Amaran SPOILER]

Oh Han-byul (Lee Sung-kyung) merupakan ketua Jabatan Perhubungan Awam di Starforce Entertainment di mana dia merupakan ‘kepala’ yang menguruskan imeh selebriti buat media dan umum. Apa sahaja skandal dan berita yang terpalit pada artis di bawah jagaannya, pasti akan diselamatkan oleh wanita itu.

tvn shooting star

Walau bagaimanapun, hubungan tegang antaranya Gong Tae-sung (Kim Young-dae) menjadi perhatian ramai. Meskipun dibebani kontroversi dan terpaksa melakukan kerja sosial di Afrika selama setahun, lelaki itu masih menjadi rebutan ramai selepas pulang ke Korea. Malah dia turut berjanji tak akan melepaskan Oh Han-byul dan sering menimbulkan masalah buatnya.

Tanpa dijangka, rupanya kedua mereka pernah menjalinkan hubungan romantik semasa di kolej dahulu. Jadi, apakah sebab yang membuatkan mereka berantakan?

tvn shooting star

Rating rendah

Meskipun diuar-uarkan dengan gah sebelum ditayangkan, sepertinya “Shooting Star” gagal menarik perhatian ramai pada awal tayangannya ini.

Untuk dua episod pertama, drama ini hanya mampu mencatatkan rating sebanyak 1.6% dan 1.8% sahaja. Sepertinya barisan pelakon yang hebat tidak mampu membawa jumlah penonton yang ramai buat masa ini.

tvn shooting star

Pun begitu, para penonton memuji drama ini kerana menyampaikan realiti sebenar yang berlaku di sebalik tabir dunia hiburan seperti bagaimana agensi mengeluarkan kenyataan selepas artis di bawah naungan mereka terpalit skandal.

Apa pula pandangan korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...