Ikuti Kami:

Baru 2 Episod, Musim Kedua ‘Work Later, Drink Now’ Dipuji Kelakar & Terima Sambutan Hangat

Baru 2 Episod, Musim Kedua ‘Work Later, Drink Now’ Dipuji Kelakar & Terima Sambutan Hangat

Nampaknya, ramai penonton yang menantikan tayangan musim kedua drama “Work Later, Drink Now”.

Bagi yang belum tahu, “Work Later, Drink Now” yang diterajui Han Sun-hwa, Lee Sun-bin dan Jung Eun-ji, mengisahkan tentang tiga sahabat yang hidup dengan falsafah untuk minum alkohol bersama selepas waktu kerja.

Terbaru, drama tersebut telah kembali menemui penonton dengan musim kedua dan berjaya menerima populariti serta sambutan hangat hanya dalam 2 episod yang ditayangkan.

Khususnya hanya dalam 2 episod, “Work Later, Drink Now 2” telah meraih bilangan penonton unik tertinggi, antara semua kandungan asal TVING dalam kategori drama dan rancangan hiburan.

work later drink now 2

Untuk pengetahuan, pada episod 1 dan 2, drama ini telah memberikan gelak tawa kepada penonton dengan menunjukkan bahawa tiada apa yang mustahil dengan kekuatan persahabatan mereka bertiga, yang cuba mengatasi kehidupan di perkampungan terpencil.

Dengan ini, ramai yang menantikan episod akan datang drama berkenaan untuk melihat keserasian para pelakon yang lebih kuat dari sebelum ini.

Haa korang layan tak drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...