Ikuti Kami:

“Semua Pasti Suka!” – Pelakon ‘Work Later, Drink Now’ Ulas Watak Bagi Musim Kedua

“Semua Pasti Suka!” – Pelakon ‘Work Later, Drink Now’ Ulas Watak Bagi Musim Kedua

Yay, “Work Later, Drink Now” akan kembali ke musim kedua!

Tahun lalu, satu siri hit TVING yang menampilkan Lee Sun-bin, Han Sun-hwa, Eun-ji Apink dan Choi Si-won SUPERJUNIOR, berjaya menambat hati penonton.

Namun, paling menarik sekali adalah apabila kesemua pelakon itu juga disahkan bakal kembali melakonkan “Work Later, Drink Now” untuk musim kedua.

Buat korang yang belum tahu ataupun mungkin lupa, “Work Later, Drink Now” ini mengisahkan mengenai tiga wanita yang sering bergantung kepada minuman beralkohol setelah mereka selesai berkerja.lee sunbinMelihat kepada musim kedua, mereka berkata akan ada banyak babak yang mempamerkan bagaimana setiap watak  berkembang daripada episod pertama. Lee Sun-bin berkata,

Saya boleh gambarkan watak Ahn So-hee dari musim pertama sebagai, rapper utama, bersungguh dan penulis yang ‘gila’. Namun, untuk musim kedua, semestinya berbeza. 

Han Sun-hwa menyambung,

Penonton selalu melihat watak Ji-yeon hanya sekadar wanita cantik, tapi dia sebenarnya seorang yang cantik dan gila!

siwonDalam pada itu, Eun-ji berkata,

Dalam musim pertama, ramai yang berkata bahawa watak Ji Goo ini umpama ‘gempa bumi’. Suka berada dalam ‘perang makian’ namun berkarisma. 

Si-won juga menambah,

Kalau bagi watak Kang Book-goo pula, ‘sampah alkohol’. Maksudnya seseorang yang tak boleh menahan tahap alkohol dengan baik namun ada daya tarikan yang tidak dijangka. 

Kami semua sudah meneliti skrip untuk musim kedua sehingga episod keempat. Jadi, melihat kepada keserasian kami yang kian membaik, saya rasa babak di mana kami semua bersama adalah yang paling menyeronokkan. Saya yakin semua orang akan sukakan musim kedua.

Katanya musim kedua “Work Later, Drink Now” akan ditayangkan pada tahun ini juga. Nantikan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...