Ikuti Kami:

Baru 2 Episod, Klip Pendek ‘Our Blues’ Raih 6 Juta Tontonan Secara Kumulatif

Baru 2 Episod, Klip Pendek ‘Our Blues’ Raih 6 Juta Tontonan Secara Kumulatif

Banyak K-Drama menarik yang sedang ditayangkan sekarang, kan?

Dalam pertempuran sengit penonton antara drama hujung minggu, “Our Blues” telah mendahului dalam kategori tontonan dalam talian.

Menurut Smart Media Representative (SMR), klip pendek “Our Blues” telah berjaya mengumpul sebanyak lebih 6.2 juta tontonan terkumpul, menewaskan drama hari minggu yang lain seperti “Again My Life” dan “My Liberation Notes”, yang meraih sebanyak 720,000 dan 830,000 tontonan masing-masing. Tambahan, “Tomorrow” yang ditayangkan seminggu awal dari tiga drama lain, telah mencatatkan 2.6 juta tontonan.

Untuk pengetahuan, “Our Blues” telah merekodkan jumlah drama yang tinggi, daripada video teaser hingga ke klip siaran utama, menduduki sebahagian besar daripada 20 bilangan drama teratas. Antara klip dalam siaran utama, klip yang paling banyak ditonton ialah adegan ciuman Lee Byung-hun dan Shin Min-ah yang meraih tontonan sebanyak 290,000 kini.

netflix our blues

Dalam pada itu, “Our Blues” membawa kisah kehidupan manis dan pahit pelbagai penduduk di sebuah kejiranan di Jeju, yang diterajui oleh ramai bintang hebat seperti Lee Byung-hun, Shin Min-ah, Cha Seung-won, Lee Jung-eun, Uhm Jung-hwa, Han Ji-min, Kim Woo-bin dan ramai lagi.

Siapa yang dah tak sabar nak tonton episod yang seterusnya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...