Ikuti Kami:

Baru 2 Episod, Drama Rain & Kim Haneul ‘Red Swan’ Dominasi Carta Rancangan TV Popular

Baru 2 Episod, Drama Rain & Kim Haneul ‘Red Swan’ Dominasi Carta Rancangan TV Popular

Selepas “Ghost Doctor”, Rain akhirnya kembali menemui penonton dengan drama baru!

Bagi yang belum tahu, Rain dan Kim Ha-neul sedang membintangi drama “Red Swan”, mengisahkan tentang seorang wanita yang berjaya mengubah hidupnya dalam masyarakat kelas atasan dan berkahwin dengan pewaris Kumpulan Hwain.

Namun, semuanya berubah apabila suaminya curang dengannya dan dia mengupah Do-yoon (Rain) sebagai pengawal peribadinya, untuk membongkar misteri keluarga Hwain.

disney+ red swan

Meskipun baru 2 episod ditayangkan, drama tersebut telah berjaya mencipta rekod hebat dengan berada di No.1 dalam senarai Top 10 rancangan TV di Disney+ Korea selama dua hari berturut-turut.

Tambahan di peringkat antarabangsa, “Red Swan” juga berjaya tersenerai dalam carta Top 10 Disney+ di Hong Kong, Singapura, Jepun dan Taiwan, membuktikan popularitinya yang semakin meningkat.

disney+ red swan

Melihat komen dari penonton, ramai rata-rata tertarik dengan plot drama yang rumit dan misteri, serta keserasian mantap antara Rain dan juga Kim Ha-neul.

Sementara itu, “Red Swan” akan mengeluarkan 2 episod baru pada setiap hari Rabu, dengan sejumlah 10 episod secara keseluruhan untuk musim ini.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Wikitree

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...