Rain telah berkongsi kisah disebalik perkahwinannya bersama Kim Tae-hee.
23 Mei yang lalu, Rain telah membuat kemunculan dalam rancangan YouTube “Jo Hyun-ah’s Thursday Night” di mana dia telah berkongsi kisah ketika dia membuat keputusan untuk mengahwini isterinya, Kim Tae-hee.
Katanya,
Sejujurnya, saya sebelum ini tak pernah terfikir untuk berkahwin. Tapi ada satu kejadian ni dah buat saya betul-betul jatuh cinta pada isteri saya dan buat saya nak kahwin dengannya.
Tambahnya,
Pada masa itu, kami sedang beratur untuk mengambil makanan katering selepas penggambaran tamat. Saya terkejut bila nampak yang Kim Tae-hee penuhkan pinggan dia dengan pelbagai jenis makanan.
Sambungnya lagi,
Saya ingat yang makanan tu untuk dia, tapi rupanya dia ambilkan untuk pengurusnya. Lepas saya tengok betapa bertimbang rasanya dia, saya terus turunkan ego saya dan buat keputusan untuk mengahwininya.
Dah la cantik, baik pulak tu..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.