Ikuti Kami:

“Barbie & Ken Versi Korea” – Peminat Teruja Lihat Interaksi Han Sohee & Cha Eunwoo Di Los Angeles

“Barbie & Ken Versi Korea” – Peminat Teruja Lihat Interaksi Han Sohee & Cha Eunwoo Di Los Angeles

Pernah bekerjasama sebelum ini, hubungan persahabatan antara Han So-hee dan Cha Eun-woo nampaknya makin rapat kini.

Terbaru, Han So-hee dan Cha Eun-woo telah menghadiri acara pembukaan jenama mewah Dior ‘Gris Dior VIP Party’ di Los Angeles, California.

Menarik perhatian, kedua-dua pelakon hebat itu dilihat bergambar bersama, dengan Cha Eun-woo memakai suit berwarna gading dengan beg silang dan Han So-hee tampil anggun dengan gaun putih labuh, mempamerkan aura yang cerah.

Selepas foto itu tersebar, ramai peminat teruja melihat interaksi dua selebriti tersebut, tambahan pula dengan gabungan visual mereka yang tidak perlu dipersoalkan lagi.

Antara reaksi peminat,

Tolong. Saya berharap mereka akan dapat peranan untuk berlakon bersama dalam beberapa filem. Saya fikir filem seram atau aksi. Menarik, kan?

 

Barbie dan Ken versi Korea.

 

Baju Han So-hee cantik sangat.

 

Mereka nampak macam baru keluar dari webtoon ke dunia nyata.

Untuk pengetahuan, Han So-hee dan Cha Eun-woo pernah bekerjasama sebelum ini untuk sebuah iklan, bagi mempromosikan siri webtoon “The Villainess is a Marionette”.

Sama cantik sama padan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...