Bukan senang nak jumpa idola K-Pop berjalan-jalan di Malaysia.
Terbaru, seorang peminat Malaysia seperti terpijak tuah apabila menerima panggilan video khas daripada Jackson Wang.
Kongsi Aisyah menerusi temubual eksklusif, bapanya merupakan pemandu Grab dan pernah membawa Jackson Wang sebagai penumpang sebelum ini di mana terdapat satu situasi tak dijangka yang berlaku apabila Airpods milik idola itu tertinggal di dalam kenderaan itu.
Selepas dihubungi oleh Jackson mengenai kehilangan itu, pemandu Grab berkenaan telah menghantar semula gajet itu ke tangan idola tersebut.
Memang berjodohan apabila bapa Aisyah sekali lagi mengambil Jackson Wang sebagai penumpang beberapa hari kemudian dan pemandu berkenaan yang sudah mengetahui identiti sebenarnya telah meminta idola itu untuk melakukan panggilan istimewa dengan anaknya.
View this post on Instagram
Dalam video itu, Aisyah mengakui bahawa dia sudah meminati Jackson Wang dari GOT7 lagi dan turut menyukai kesemua lagunya.
Dalam pada itu, idola tersebut baru sahaja menyertai perasmian stor Louis Vuitton di Bukit Bintang baru-baru ini dan kelihatan seronok meluangkan masa di Malaysia kini.
Nak jumpa Jackson Wang jugak!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.