Ikuti Kami:

“Banyak Yang Saya Pelajari..” – Moon Sangmin Akui Jadikan Kim Hyesoo Sebagai ‘Role Model’

“Banyak Yang Saya Pelajari..” – Moon Sangmin Akui Jadikan Kim Hyesoo Sebagai ‘Role Model’

Selepas membintangi “Under the Queen’s Umbrella”, Moon Sang-min memang tidak dinafikan semakin mendapat perhatian kini.

Terbaru, Moon Sang-min telah terlibat dengan temu bual susulan tamatnya drama “Under the Queen’s Umbrella”.

Ketika sesi temu bual, Moon Sang-min berkongsi bahawa dia menerima bantuan dan nasihat dari Kim Hye-soo semasa bekerja untuk menghidupkan watak Putera Seong-nam. Luahnya,

Saya masih tidak percaya bahawa saya bekerja dengan Kim Hye-soo selama 8 bulan. Dari awal, saya mempunyai perasaan yang menggeletar. Saya sangat gementar kerana dia seorang senior yang saya hanya menonton dalam TV atau filem. Saya menerima banyak bantuan daripada Kim Hye-soo untuk drama ini untuk membina watak Putera Seong-nam.

Tambahnya lagi sambil memuji Kim Hye-soo,

Saya belajar banyak daripada menonton dia berlakon selama 8 bulan. Dia sentiasa memberi nasihat kepada saya dan berkata, ‘Bagaimana kalau mencuba sesuatu seperti ini?’. Banyak yang saya pelajari bukan sahaja dari segi lakonan, tetapi juga sikap dan tanggungjawab yang perlu saya hadapi sebagai seorang pelakon.

under the queen's umbrella

Jelas Moon Sang-min lagi,

Saya pada asalnya tidak mempunyai role model, tetapi saya melihat sikap Kim Hye-soo yang melindungi kakitangan dan terus menjadikannya sebagai role model saya.

Suka kan tengok ‘chemistry’ Moon Sang-min bersama Kim Hye-soo?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...