Ikuti Kami:

Konflik Selesai, ‘Under The Queen’s Umbrella’ Tamat Dengan Rating Tertinggi

Konflik Selesai, ‘Under The Queen’s Umbrella’ Tamat Dengan Rating Tertinggi

Sedar tak sedar, drama “Under The Queen’s Umbrella” sudah pun melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis

Bagi yang belum tahu, drama ini diterajui Kim Hye-soo dan mengetengahkan sistem pendidikan pada zaman Dinasti Joseon dan turut diikuti dengan konflik membentuk seorang putera hebat dalam kalangan 5 putera dalam istana.

[Amaran SPOILER]

Bahagia akhirnya

Akhirnya, kebenaran terbongkar dan Permaisuri Dowager menerima balasan atas perbuatan jahatnya. Atas perintah Raja (Choi Won-young), wanita tua itu dipulau oleh semua orang di istana. Walaupun tidak berdaya kini, namun permaisuri tersebut tidak mahu mati di tangan anak sendiri lantas membuat keputusan untuk membunuh diri sambil memakai pakaian perkahwinan diraja untuk mengekalkan status kuasanya.

tvn under the queen's umbrella

Dalam pada itu, anak-anak permaisuri memulakan kehidupan masing-masing dengan Putera Raja Gyeseong meninggalkan istana bagi menruskan eksplorasinya dan Putera Raja Seongnam yang berbahagia di samping anak dan isteri sambil menjaga anak abangnya.

Di akhir cerita, permaisuri yang dilihat menyediakan payung untuk kesemua anaknya mula mendapat layanan yang lain kini di mana Putera Raja Seongnam pula bertindak memayungkan ibunya di dalam hujan.

tvn under the queen's umbrella

Rating tinggi

Untuk episod terakhir ini, “Under The Queen’s Umbrella” mencapai rating tertinggi sepanjang tayangan dengan catatan 16.9%. Hal ini membuktikan bahawa drama bersejarah ini mempunyai penonton setia yang menantikan kesudahan kepada cerita permaisuri dan anak-anaknya.

Korang dah tengok sampai habis tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...