Ikuti Kami:

Banyak Plot Tergantung, Penonton Dedah Sebab ‘The Glory’ Akan Ada Bahagian 3

Banyak Plot Tergantung, Penonton Dedah Sebab ‘The Glory’ Akan Ada Bahagian 3

Mempunyai pengakhiran yang sedikit tergantung, adakah “The Glory” akan menemui penonton dengan bahagian ketiga?

Khususnya, ada penonton yang menganggap bahawa banyak butiran dalam episod akhir bahagian 2 “The Glory”, yang memberi petunjuk untuk pengeluaran bahagian ketiga.

Pertama sekali, dendam watak Lee Do-hyun kepada pembunuh ayahnya. Selepas Moon Dong-eun dan Joo Yeo-jeong mula bekerja di Penjara Jisan, penonton masih tertanya sama ada dendam mereka terhadap Kang Young-cheon (Lee Moo-saeng) berjaya dan bagaimana mereka melakukannya.

Kemudian pada episod akhir, Kang Hyeon-nam (Yeom Hye-ran) juga telah menerima mesej dari Moon Dong-eun, yang meminta wanita itu untuk menjadi pembantunya namun, masih belum ada kesinambungan untuk babak berkenaan.

netflix the glory

Selain itu, sesetengah penonton percaya bahawa dendam Moon Dong-eun masih belum berakhir kerana tiga dari pembulinya iaitu Park Yeon-jin, Lee Sa-ra dan Choi Hye-jeong masih hidup, walaupun dalam keadaan sengsara.

Dengan banyak plot yang masih tergantung, ramai percaya bahawa “The Glory” berkemungkinan akan kembali dengan bahagian ketiga.

Haa apa pendapat korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...