Bagi menjaga fizikal badan, Ji-soo BLAKCPINK pastinya mempunyai caranya yang tersendiri untuk sentiasa kekal ‘fit’.
Sebelum ini, Ji-soo pernah berkongsi fotonya melakukan pelbagai senaman seperti yoga dan pilates, bagi memiliki fizikal yang menawan dan meningkatkan fleksibiliti badannya. Berbanding pergi bersenam di gim, pilates merupakan antara kunci utama buat wanita itu mendapatkan badan langsing.
Selain itu, Ji-soo juga sering menghabiskan masa selama dua jam sehari untuk latihan tarian, yang akan membantu untuk membakar lemak dan kalori dalam badan.
Kemudian mengenai dietnya, ahli BLACKPINK itu berkongsi dalam satu temu bual bahawa dia akan minum 8 cawan air sehari setiap 2 jam untuk memastikan metabolismenya lancar dan dapat mengekalkan berat badan serta kecergasan.
Bagi pengambilan makanan, Ji-soo akan makan dalam portion yang sedikit, untuk mengurangkan pengambilan kalori. Dia juga akan lebih mengutamakan kepada nutrisi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran pada waktu pagi dan malam, serta makan protein dan kanji pada waktu tengahari.
Khususnya, diet ini akan membantu idola itu untuk mengekalkan kulit yang bersih dan licin kerana buah-buahan mengandungi banyak vitamin sihat.
Korang boleh cuba juga tau petua Ji-soo ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.